Thursday, August 08, 2019

Udang masak kunyit

Sudah dua hari berturut-turut saya "work from home" kerana rasa tidak berapa sihat untuk membawa kereta ke pejabat.

Lagipun tidak perlu menghadiri mesyuarat secara tatap muka beberapa hari ini. Seperti biasa "laptop" dibuka dan fikiran terus beroperasi mengawal koordinasi mata dan tangan untuk menyelesaikan tugasan harian.

Ya, hanya perlu gerakkan tangan dan mata bila bekerja di hadapan komputer. Sekali-sekala saya mengeliat kerana kelenguhan.

Selesai nanti perlu hantar "status update" pula. Adakalanya terasa banyak benar yang tidak sempat diselesaikan. Aduhai, otak sudah tepu. 😵

Perut sudah mula berbunyi maka terus saya ke dapur untuk menyediakan makanan tengahari.
Terkial-kial saya membelek-belek isi penyejuk beku sambil berfikir, "Apa nak masak ni?" Normal kan? 😁

"Semalam sudah makan ikan, bosan pula. Ambil udanglah.", bergema di dalam benakku.

Selesai pemilihan bahan masak. 🤣 Lalu ada apa di dalam "crisper"? Hanya tinggal tomato 2 biji. Takkan tak makan sayur pula? Tomato pun bolehlah.

Makanya terus saya sediakan bumbu seperti kebiasaannya. Ingatkan nak buat udang goreng kunyit saja tetapi terasa kering di tekak melihatnya. 🤭

Akhirnya saya berkeputusan untuk meletakkan sedikit santan untuk kuahnya.

Hanya mengambil masa 30 minit saja untuk mendapatkan makanan berkhasiat. Makanlah dengan berkadaran dan bergizi.

 

perap udang sekejap
tambah santan bagi 'kick'


Semoga sihat-sihat semuanya. 🤗

No comments: