Saturday, May 19, 2007

Memoirs of a mother...

Tiba-tiba malam tadi aku teringat kat arwah mak aku. Hari-hari terakhir aku dengan dia, mesra sangat. Aku pegi Seremban dengan mama and papa, just the three of us. Bukannya buat ape pun, pegi beli lampu dan kain langsir untuk bilik aku. Terasa cam budak mengada for the first time in my life. Then, cari cat pasal nak kaler bilik aku. Aku dengan mama pun pegi la kedai cat tu, betul2 sebelah kedai Ah Kheong mekanik tuh. Aku pun pilih le kaler yang sesuai (konon2nyer hahaha) Ingatkan nak kaler bilik pink tapi guna kaler deep red campur warna putih sket. Sekali time nak cat tu aku dengan mama terkejut pasal kaler tu jadi merah sangat. Tergelak besar kitaorang. So, tu pasal la kelar bilik aku tu merah bangat... hihi Aku pun habiskan kaler bilik aku tu dengan mak aku. Nak buat camner, dah beli dah cat tu... mahal pulak. Takkan nak buang je.

Ada satu pagi tu aku terbangun awal... hahha... aku kan suka tido. So pagi tu kira magic ler aku bangun awal.. kul 6.45 pagi. Actually, itu adalah hari2 terakhir before mama pegi umrah. Time kuar bilik tu aku nampak mak aku mengaji kat hall bawah sensorang. Ape lak mimpi mak aku mengaji kat sini sensorang nih? Aku dok terpikir, tapi aku pegi le kat dia and dok kat sofa sebelah dia. Tapi sofa tu kan empuk je... membuai2 aku untuk tido balik... hehe. Aku pun lay down kat sofa tu... tapi sesuatu membuatkan aku tak dapat tido balik. Suara mak aku mengaji tu terngiang-ngiang dalam telinga aku time tu. Dia mengaji biasa aje... takde terror sangat. Tapi itu adalah saat2 yang aku tak dapat lupe sampai mati. Then malam before dia nak bertolak ke Tanah Suci tu, semua orang datang umah. Nenek, makcik2, dan pakcik2 aku datang. Pehtu tetiba dia mintak tengok aku nyer album gambar. So dengan tak semena2 album aku tu femes lak malam tu. Tetiba aku dapat attention yang selama ni aku tak penah dapat. Semua orang dok cerita pasal aku.... hihi.. segan pulak.

Buta betul time tu, tak nampak2 lagi yang mak aku tu sebnarnya nak "pergi" dah. Esok tu, aku tolong dia packing. Time tu dia mengadu sakit dada, apsal ntah... dia kata dada dia sejuk. So dia mintak sweater yang dia kait tu kat aku. Aku simpan je, tak pakai... bukannya sejuk sangat kat Mesia. Tapi then dia tak bawak pulak. Dia tu sempat buat sambal ikan bilis and klu tak silap aku dia buat rendang pucuk ubi tu jugak. Yang aku ingat, sambal ikan bilis dia aritu pedas lain macam. Aku pun bungkuskanlah bekal2 tu kasik kat dia dalam bekas plastik, ntah nape aku rasa excited lak. Gilo apo. Then mak aku kasi aku cellphone dia suruh aku jaga while dia pegi sana. Dia kasi aku kain sutera sulam warna hijau pekat yang dia simpan2 selama ni kat aku. Sebelum tu pun dia bawak aku dengan Nani pegi Nagoya beli kain. Kain tu sumer kain yang aku nak beli sebelum nih tapi dia tak kasi. Just time tu dia belikan sumer. Ish, kenapa la aku tak perasan..? Aku still simpan kain2 tu... tak tau nak buat ape. Dah nak dekat 5 tahun dah.

10 Nov. 2002
Akhirnyer, time to go to airport. Dia dok la berjalan2 keliling KLIA tu, interview orang2 yang kerja situ (macam biasa) sampai penat la jugak aku ikut. Nenek aku yang sakit tu pun datang airport nak hantar dia. Tak ingat datuk aku ade ke tak. Then masa dia nak bertolak tu, dia cium tangan nenek aku and nenek aku cium pipi dia. Tetibe aku rasa sebak, baru sekarang aku paham, itulah first time dia rasa kasih sayang seorang mak. Maybe. Hanya aku, dia dan Allah je paham. Masa dia turun escalator tu dengan my papa, dia dok lambai2 siap flying kiss, ala2 Miss Universe la pulak. Aku tetibe sebak dengan tak semena2, then nangis pulak.... orang tua2 kata, klu orang nak pegi tempat jauh, orang yang hantar tu jangan menangis. Nanti orang yang pegi tu tak balik. Then ternyata petua orang2 tua tu jadi kenyataan. Beberapa hari lepas tu, we all terima berita mama meninggal kat Mekah. Tanggal 15 November 2002, hari Jumaat, dia pergi meninggalkan seorang suami dan 4 orang anak yang sungguh blur ketika itu. Ayah aku kat sana agak terkial2 pasal tiba2 isteri kesayangan dia dah takde.

Hakikatnya kat sini, tak banyak aku tau pasal mak aku dan vice versa. Cuma, mak aku tu seorang yang sangat baik hati, pemaaf, dan suka tolong orang. Dia bukan ahli dakwah, bukan ustazah, bukan orang alim. Cuma seorang yang biasa, mengaji pun biasa, semayang pun biasa, dan beramal pun biasa. Tapi Allah ambil dia sewaktu dia kat Mekah, hari Jumaat lak tu. Hanya Muslim je paham hal ni. Sebagai pedoman untuk kita yang masih hidup ni, Allah tak pandang berapa banyak orang tu semayang, mengaji... kalau orang tu busuk hati, tak suka tolong orang, hasad dengki. Acap kali kita jumpa orang camni, pakai macam org alim la konon tapi mengumpat ngalahkan pondan. Aku rasa bersalah kat mak aku, pasal aku bukan nyer anak pompuan idaman dia. Nakal sangat... mulut laser... tak bersopan santun... dan macam2 lagi la... Ayah aku kata, walaupun mak aku tu suka membebel, itu tak betul ini tak betul... tapi dialah seorang isteri yang taat setia.

Owh, sebelum aku terlupe. Nama arwah mak aku tu Hajjah Fuziah binti Haji Abdul Hamid. Salam.