Thursday, August 08, 2019

Buluh: Untung atau Rugi?

Inilah antara "end product" yang diperbuat daripada buluh. Ya, produk Sweden yang diperbuat daripada buluh.

Tapi tidak ada tanaman buluh di Sweden, dari mana datangnya pula "Swedishness" peralatan ini? 🤓 Mungkin dari desainnya.

Namun bukan itu topik saya hari ini. Hari ini saya ingin berkongsi tentang perusahaan buluh dan kelebihannya.

Contohnya pasaraya Sweden ini telah mempelbagaikan produk keluaran mereka menggunakan bahan buluh ini.

Selain pelbagai peralatan dapur, peralatan rumah seperti para, bangku, bakul serta mungkin beberapa "by-product" ada dijual di dalam gedungnya.

Saya terfikir;

"Berapa banyakkah buluh yang perlu digunakan untuk "mass produce" seperti ini?"

"Siapakah yang membekalkan buluh yang sekian banyak kepada mereka?"

Ada peluang perniagaan di situ kerana di Malaysia saja terdapat 70 jenis spesis buluh dan di antaranya ada yang berkualiti tinggi.

Sangat berpotensi kerana permintaannya tinggi sehingga ada pengilang dari China datang mencari 3000 ekar tanah di Sabah untuk tanaman buluh saja.

Selain kadar pertumbuhan yang cepat, penanaman buluh juga tidak cerewet dan kurang diserang serangga perosak. Pembajaan juga lebih kurang 3 bulan sekali.

Dengan ketidakpastian harga sawit hari ini, pekebun-pekebun kecil boleh mencuba pelbagaikan hasil ladang dengan tanaman buluh ini contohnya.

Jika tidak tahu bagaimana caranya, ada agensi-agensi kerajaan yang boleh memberikan khidmat dan nasihat berkaitan dengan penanamannya.

Kalau saya ada seekar tanah mungkin saya boleh mencubanya. Tapi tak mengapa, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. 😁

No comments: